السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PESANAN NABI S.A.W.
"Sesiapa menempuh satu perjalanan untuk mencari suatu ilmu, Allah akan memudahkan untuknya jalan ke syurga" (Hadis riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Thursday, September 4, 2008

QADHA PUASA, FIDYAH & KAFFARAH (12)

Kewajipan kaffarah ke atas orang yang membatalkan puasa dengan sengaja

Orang-orang yang berbuka puasa atau membatalkan puasanya dengan sengaja –tanpa ada keuzuran Syara’- ada dua jenis;

1. Membatalkan puasa dengan bersetubuh

Bagi kes ini, ijma’ para ulama’ menyatakan bahawa orang yang melakukannnya wajib membayar kaffarah di samping wajib mengqadha’ puasanya. Kaffarah tersebut hendaklah mengikut urutan di bawah;

a) Membebaskan seorang hamba mukmin sama ada lelaki atau wanita

b) Jika tidak didapati atau tidak mampu, hendaklah ia berpuasa dua bulan berturut-turut (yakni tanpa selang),

c) Jika tidak mampu, hendaklah ia memberi makan 60 orang miskin dengan setiap orang satu cupak makanan asasi penduduk setempat. Bagi penduduk di Malaysia ini, makanan asasinya ialah beras.
(*Perihal tentang makna kaffarah ini dan dalilnya telahpun kita terangkan diawal tadi (bersama dengan penerangan tentang Qadha’ dan Fidyah). Oleh itu tidak perlu kita ulangi lagi di sini)

Cuma di bawah ini sebagai huraian lebih lengkap tentang hukum kaffarah ini, kita kemukakan perincian berikut;

a) Termasuk dalam erti persetubuhan yang mewajibkan kaffarah (apabila cukup syarat-syaratnya ialah; mensetubuhi faraj, dubur (iaitu meliwat), persetubuhan melalui zina atau syubhah atau dalam nikah yang fasid, sama ada mensetubuhi lelaki atau perempuan, manusia atau binatang. Persetubuhan-persetubuhan ini memberi kesan yang sama kepada puasa jika cukup syarat-syaratnya iaitu; (1) Mewajibkan qadha’ puasa, dan (2) Mewajibkan kaffarah.

b) Syarat yang mewajibkan kaffarah itu ada lima, iaitu;

i) Hendaklah orang yang melakukan persetubuhan mengingati bahawa ia sedang berpuasa. Jika ia terlupa –semasa sedang melakukan persetubuhan itu- bahawa ia sedang berpuasa, tidaklah batal puasanya dan tidak wajib atasnya kaffarah.

ii) Ia mengetahui bahawa perbuatan tersebut adalah haram bagi orang yang sedang berpuasa.

iii) Persetubuhan itu bukan berlaku kerana paksaaan

iv) Puasa yang dibatalkan dengan persetubuhan itu adalah puasa Ramadhan. Jika puasa yang dibatalkan itu adalah puasa qadha’, puasa nazar atau puasa kaffarah, maka tidaklah wajib kaffarah kerana hadis Nabi s.a.w. hanya menggkhususkan puasa Ramadhan dengan kaffarah tersebut, tidak puasa-puasa yang lain.

v) Ia bukan orang yang mendapat rukhsah kerana musafir. Maka seorang musafir yang membatalkan puasanya dengan bersetubuh, tidak wajib kaffarah ke atasnya kerana Syara’ memberi keharusan kepada musafir untuk berbuka.

c) Menurut mazhab Syafi’ie, kaffarah hanya dikenakan ke atas lelaki sahaja tidak ke atas perempuan. Jadi, apabila suami dan isteri bersetubuh di siang hari di bulan Ramadhan, yang diwajibkan menunaikan kaffarah ialah si suami sahaja.

d) Apabila berbilang hari berlaku persetubuhan maka berbilang jugalah kaffarah yang mesti ditunaikan. Contohnya, jika persetubuhan belaku pada empat hari, maka kaffarah yang mesti ditunaikan ialah empat juga.

e) Adapun jika persetubuhan berlaku berulang-kali pada hari yang sama, maka kaffarah yang dikira hanya sekali sahaja.[1]

f) Bagaimana jika seseorang itu membatalkan puasa dengan perkara lain selain persetubuhan (seperti dengan makan), kemudian setelah puasanya batal barulah ia bersetubuh dengan isterinya, apakah wajib ke atasnya kaffarah? Jawapannya ialah; ‘tidak wajib’ kerana kafffarah diwajibkan ke atas orang yang membatalkan puasanya dengan jima’ (persetubuhan). Dalam masalah ini, puasa itu batal dengan sebab makan, adapun persetubuhan maka ia berlaku setelah terbatalnya puasa.

2. Membatalkan puasa dengan perbuatan yang lain dari bersetubuh (seperti makan, minum, mengeluarkan mani melalui cara lain dari bersetubuh seperti dengan tangan, menontot filem lucah, berkhayal atau sebagainya)

Tidak ada khilaf di kalangan ulama’ bahawa orang yang membatalkan puasanya dengan makan, minum dan mengeluarkan mani dengan tangan atau sebagainya tersebut, ia wajib mengqadha’kan puasanya itu. Namun apakah ia wajib membayar kaffarah sebagaimana orang yang membatalkan puasanya dengan bersetubuh tadi? Dalam hal ini terdapat dua pandangan;

Pendapat pertama; Imam Malik, Abu Hanifah, ath-Thauri dan beberapa ulama’ lagi mereka berpandangan; Orang yang sengaja membatalkan puasanya dengan makan atau minum, wajib ke atas mereka Qadha’ dan Kaffarah sebagaimana orang yang sengaja membatalkan puasa dengan bersetubuh. Ini kerana tujuan perbuatan mereka adalah sama iaitu berbuka puasa dengan sengaja (tanpa ada keuzuran yang diakui oleh Syara’) di mana mereka telah mencabul kehormatan puasa dan bulan Ramadhan.

Pendapat kedua; Imam Syafi’ie, Ahmad dan ahli Dzahir berpandangan; yang wajib ke atasnya orang yang membatalkan puasa dengan perkara selain persetubuhan (sama ada dengan makan, minum atau mengeluarkan mani dengan tangan dan sebagainya selain bersetubuh) hanyalah qadha’ sahaja, tidak wajib kaffarah. Ini kerana hadis hanya mengkhususkan kaffarah ke atas orang yang membatalkan puasanya dengan bersetubuh sahaja.

(Rujuk: Bidayatul Mujtahid, Imam Ibnu Rusyd, jil. 1, hlm. 398 dan al-Majmu’, jil. 6, hlm. 354)

Nota Kaki;

[1] Hanya persetubuhan yang membatalkan puasa sahaja yang mewajibkan kaffarah. Jadi apabila persetubuhan berlaku berulang-kali pada hari yang sama, sudah tentunya persetubuhan kali pertama yang membatalkan puasa. Adapun persetubuhan-persetubuhan yang lain, maka ia berlaku setelah puasa telahpun batal.

37 comments:

wanahaf said...

kalau bagi penzina, adakah penzina lelaki sahaja yang wajib kaffarah puasanya?

Unknown said...

assalamualaikum ustaz,

macam mana pula bagi yang mengambil kesempatan utk tidak mengqada puasa 2bulan berturut dengan melakukan persetubuhan.?
dlm artikel diatas,ustaz cakap kalau sesorg membatalkan puasanya dgn makan atau minum, kemudian dia bersetubuh maka dia tak perlu qada 2bulan krn puasanya batal bukan kerana bersetubuh. jadi, ada yg ambil kesempatan utk menggunakan cara ini agar xperlu qada 2bulan.
ringkasnya, niat sebenarnya nak bersetubuh tapi dia batalkan puasanya dgn makan.

minta penjelasan ustaz. jazakallah khairan.

azsah1020 said...

Jika yang melakukan persetubuhan tersebut hanya mengetahui hukum bersetubuh tersebut hanya membatalkan puasa seperti makan & minum tepi tidak mengetahui hukumnya haram, bagaimana ?

Awan said...

Kalau bersetubuh sebelum imsak ... dan mandi selepas imsak tetapi dalam mandi itu dia asyik dengan membersihkan dalam lubang hidungnya sehingga dia tahu dia sudah membatalkan puasa kerana memasukkan sesuatu dalam rongga badan ...adakah perlu kaffarah ....

InginTahu said...

Bagaimana jika persetubuhan itu berlaku antara lelaki dan lelaki atau perempuan dan perempuan? Adakah kedua-duanya diwajibkan kaffarah?

Unknown said...

Apabila berbilang hari berlaku persetubuhan maka berbilang jugalah kaffarah yang mesti ditunaikan. Contohnya, jika persetubuhan belaku pada empat hari, maka kaffarah yang mesti ditunaikan ialah empat juga.

assalamualaikum ustaz.. mengenai teks diatas.. bagaimana cara untuk membayar kaffarah tersebut.. bleh ustaz tunjukkan

MAT money said...

Niat awal tidak akan mmelawan niat Yang lain

MAT money said...

Ya

MAT money said...

Tidak haram, Cuma perlu kaffarah

MAT money said...

Membersihkan bukan memasukkan, Itu menggeluarkan

MAT money said...

Ustaz tak boleh tunjukkan sebab uztaz tak buat. Tapi Cara bayar adlah puasa 2 bulan berturut2 sebanyak 4 Kali, bermaksud 8 bulan

Unknown said...

Assalamualaikum ustaz, saya ingin bertanya tentang tempat membayar kaffarah. Adakah boleh dibayar di kaunter zakat seperti membayar fidyah dan zakat fitrah? Terima kasih ustaz

Adamyusoff said...

Assalamualaikum ustaz..
Persoalan saya mengenai maksud kaffarah yg ke3 memberi makan kepada 60 fakir miskin..adakah ianya wajib memberi dalam nilaian secupak keatas setiap seorang fakir miskin @pun dalam bentuk kiraan 60 cupak yg dberikan kepada golongan fakir miskin yg kita tidak tahu berapa jumlahnya.(kurang @ lebih dari 60 fakir miskin)..Saya keliru mengenai agihan ini @ ada tempat yg boleh saya serahkan bentuk bayaran kaffarah yg berlaku dari saya kepada mana2 tempat yg berkenaan..
Saya harap ustaz dapat membantu masalah yg saya alami..saya buntu..🙏

MAT money said...

perlu puasa dahulu...baru membuat bayaran...

Unknown said...

assalam ust. adakah bayaran kaffarah kepada fakir miskin seramai 60 orang dibuat secara beransur ansur cthnye hari pertama 20 org hari kedua 20 org dan hari ketiga 20 orang.sebab kesukaran untuk mencari golongan fakir tersebut untuk diberi sekaligus 60 orang.

Rambo said...

Assalm ustaz..kalau berzina dengan lelaki iaitu memasukkan zakar ke dalam rongga mulut sehingga keluar air mani..adakah kena kaffarah jgk ??

MAT money said...

Memasukkan zakar ke Dalam mulut bukan berzina. Berzina Farah dimasukkan zakar. Zakar sendiri adalah dosa besar. Puasa tidak kafarrah

MAT money said...

Pembayaran hanya dibenarkan jika tidak mampu berpuasa...contoh sakit tenat

Unknown said...

Bagaimana kalau seseorang itu tak tahu hukum sebenar membatalkan puasa untuk berjimak ?.. dia hanya mengqada'puasanya itu seperti mengqada' puasa yg ditinggalkan dengan sengaja atau kerana sebab-sebab tertntu.. Adakah dia perlu membayar kafarah dan adakah puasa yg ditinggalkan kerana berjimak itu perlu diqada'ustz ?...boleh bagi pencerahan sedikit... Terima kasih

MAT money said...

Hukum bermaksud tidak tahu jimak membatalkan puasa? Atau tidak tahu dikenakan kifarah kerana berjimakbulan puasa?

roses blogger said...

Melakukan aksi2 ringan seperti lelaki memasukkan jarinya ke dalam faraj wanita semasa ramadhan adakah perempuan tersebut perlu membayar kifarah?

MAT money said...

Lelaki sahaja yang membayar kifarah, dan kifarah pada asalnya sekiranya berlaku persetubuhan. Dan mahzab syafie sepakat oerkara yang membatalkan puasa harus denda dan ganti sahaja melainkan bersetubuh

Unknown said...

tidak tahu akan kena dikenakan kafarrah jika bersetubuh dbulan puasa. adakah terkena kaffarah juga? perbuatan disebabkan kejahilan.

MAT money said...

tidak tahu tidak apa... tidak disampaikan kepadsnya

Ahmad Shukri said...

salam ustaz..saya ada terbaca di website MAIWP berkaitan kadar bayaran kafarah sekiranya tidak boleh berpuasa selama 60 hari berturut2 hendak lah membayar RM10 X 60 orang..saya ada satu soalan..bagaimana sekiranya si pelaku tidak mampu untuk membayar dengan kadar RM10/seorang..adakah cara lain atau boleh dikurangkan kadar bayaran tersebut? saya berharap admin dapat menjawab soalan saya ini..

MAT money said...

untuk tidak berpuasa mesti bersebab,contoh menyebabkn kematian,atau uzur...selain itu kena puasa...

Ahmad Shukri said...

andai kata dia dah cuba puasa selama 1minggu dan hari seterusnya x mampu lagi berpuasa bagaimana?

MAT money said...

kena mula balik 60 hari...

Unknown said...

Jika melakukan hubungan suami isteri di siang hari pd bln ramadhan tanpa mgetahui hukum kaffarah.. Apakah dikenakan hukum kaffarah..?

MAT money said...

perjelaskan tidak tahu..tidak tahu akan dihukum sperti rupa, atau tidak tahu dia membatalkan puasa?

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Tidak tahu dikenakan hukum sbegitu rupa.. Apakah dikenakan denda kaffarah..?

MAT money said...

denda ditetapkan oleh Allah... Dan kita sudah mengetahui, bahawa melakukan persetubuhan, atau melakukan onani dengan sengaja atau membatalkan puasa. Denda tetap terjalan , melainkan kita tidak tahu melakukan persetubuhan adalah tidak membatalkan puasa.

Unknown said...

Ustaz jika kite melakukan persetubuhan,kita hanya tahu puasa akan batal dan berdosa besar,tetapi kote tidak tahu tentang hukum kaffarah adakah perlu tunaikan kaffarah,atau qadha sahaja

Unknown said...

Pembetulan “kite”

On said...

Kalau persetubuhan di paksa oleh isteri.. Bagaimana...

On said...

Kalau persetubuhan di paksa oleh isteri.. Bagaimana