Apakah fadhilat berpuasa pada hari-hari putih? Kenapa dinamakan hari-hari putih?
Diriwayatkan juga dari Qatadah bin Milhan (ملحان) r.a. yang menceritakan; “Rasulullah s.a.w. memerintahkan kami supaya berpuasa pada hari-hari putih iaitu hari ke 13, 14 dan 15 di mana baginda bersabda; ‘Berpuasa pada ketiga-tiga hari itu seumpama berpuasa sepanjang masa” (Riwayat Imam Abu Daud).
Rasulullah s.a.w. pernah berpesan kepada Abu Zarr r.a.; “Wahai Abu Zarr! Apabila kamu berpuasa tiga hari dari setiap bulan, maka berpuasalah pada hari ke 13, 14 dan 15”. (Riwayat Imam at-Tirmizi. Menurut beliau; hadis ini hasan soheh)
Hari-hari tersebut dinamakan sebagai “أيام البيض” (hari-hari putih) kerana pada malam-malamnya bulan mengambang dan cerah.[1]
Nota kaki;
[1] Raudhatul-Muttaqien, jil. 3, hlm. 261.
*Laman ini mengemukakan persoalan-persoalan Fiqh mengikut tajuk dan bab untuk rujukan kaum muslimin.*Laman ini untuk bacaan pengunjung sahaja.Tidak dibenarkan untuk diterbitkan dalam apa jua bentuk penerbitan kecuali dengan izin penulis/pengendali laman (Us. Ahmad Adnan Fadzil).*Jika pembaca ada menemui sebarang kesalahan atau kekeliruan dalam laman ini, sila maklumkan kepada penulis melalui alamat; (ilmudanulamak@yahoo.com). *Sama-sama lah kita menyumbang untuk Islam dan umat Islam.
3 comments:
salam ustaz bagaimana pula kalo bulan zulhijjah 13hb kan hari tashriq,hari tashriq kan diharamkan puasa?bagaimana ustaz?mohon tunjur ajar ustaz
as'salam...13 zulhijjah dikecualikan untuk berpuasa...
ustaz bole ke puasa sunat di gabungkn sekali dgn puasa ganti??
Post a Comment