السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PESANAN NABI S.A.W.
"Sesiapa menempuh satu perjalanan untuk mencari suatu ilmu, Allah akan memudahkan untuknya jalan ke syurga" (Hadis riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Saturday, June 27, 2009

Darah Nifas

Apa yang dimaksudkan darah nifas?

Darah nifas ialah darah yang keluar dari faraj wanita kerana melahirkan anak.

Adakah darah yang keluar sebelum lahirnya anak juga dikira darah nifas?

Sepakat para ulamak menyatakan bahawa darah yang keluar dari kemaluan wanita sebaik sahaja selepas melahirkan anak adalah darah nifas. Namun mereka berikhtilaf berkenaan darah yang keluar bersama dengan bayi atau sebelum kelahiran bayi; adakah termasuk darah nifas atau tidak?;

1. Bagi pandangan mazhab Syafi’ie; Darah nifas ialah darah yang keluar selepas lahirnya bayi sepenuhnya. Oleh demikian, darah yang keluar bersama bayi atau sebelumnya bukan darah nifas. Ia sama ada darah haid (jika ia sedang haid kerana mazhab Syafi’ie berpandangan harus wanita hamil kedatangan haid) atau darah fasad jika bukan haid.[1]

2. Di sisi mazhab Imam Ahmad; darah yang keluar dua hari atau tiga hari sebelum melahirkan anak yang disertai dengan rasa sakit, begitu juga darah yang keluar bersama dengan keluarnya bayi adalah dikira darah nifas sama seperti darah yang keluar selepasnya.

3. Mengikut mazhab Imam Malik pula; darah nifas ialah darah yang keluar ketika bersalin dan selepasnya. Adapun darah yang keluar sebelum bersalin, maka ia bukan darah nifas tetapi darah haid di sisi mereka.

Berapa lamakah tempoh paling pendek bagi darah nifas?

Terdapat khilaf di kalangan ulamak dalam masalah ini;

1. Mengikut mazhab Syafi’ie; tempoh nifas paling pendek (selepas seorang wanita melahirkan anak) ialah ialah seketika atau sedetik (لحظة).

2. Para fuqahak yang lain berpendapat; tidak ada had bagi tempoh minima nifas kerana tidak terdapat nas Syarak menentukannya.

Adalah tidak mustahil seorang wanita melahirkan anak tanpa keluar darah nifas sedikitpun. Terdapat riwayat menceritakan seorang wanita pada zaman Nabi s.a.w. melahirkan anak tanpa keluar darah nifas, lalu ia dipanggil dengan nama Zatil-Jufuf iaitu wanita yang kering.

Berapa lamakah tempoh paling panjang bagi darah nifas?

Masalah ini juga diikhtilafkan oleh ulamak;

1. Jumhur ulamak –merangkumi ulamak-ulamak sahabat, mazhab Imam Ahmad, Abu Hanifah, as-Sauri dan sebagainya- berpandangan; tempoh nifas yang paling panjang ialah 40 hari. Pandangan ini berdalilkan hadis dari Ummu Salamah r.a. yang menceritakan; “Wanita-wanita bersalin pada zaman Nabi s.a.w. menunggu (selepas bersalin) hingga 40 hari” (HR Imam at-Tirmizi).
Berdasarkan pandangan jumhur ini; wanita bersalin jika ia mendapati darah masih keluar dari kemaluannya walaupun selepas 40 hari, maka darah yang keluar selepas 40 hari itu bukan lagi darah nifas, akan tetapi darah penyakit (istihadhah). Oleh itu, selepas 40 hari itu hendaklah ia mandi wajib dan menunaikan solat walaupun darah masih keluar. Keadaannya sama seperti wanita yang istihadhah dan tertakluk dengan hukum-hakamnya sebagaimana yang akan diterangkan nanti.
2. Imam Syafi’ie dan mazhabnya mempunyai pandangan berbeza dari pandangan jumhur di atas di mana menurut beliau; tempoh maksima nifas ialah 60 hari. Jadi, jika seorang wanita darah bersalinnya berlarutan selepas 40 hari, mengikut pandangan ini; darah itu masih dianggap darah nifas sehinggalah 60 hari. Dalam tempoh 60 hari itu jika darah masih keluar, tidak harus ia mengerjakan solat, puasa dan sebagainya lagi dari ibadah-ibadah yang mensyaratkan bersuci. Jika selepas 60 hari darah masih lagi keluar, maka ketika itu barulah ia dianggap darah penyakit dan tertakluk dengan hukum-hakam istihadhah dan sulasul-baul sebagaimana di atas. Imam Syafi’ie berhujjah berdasarkan pengalaman, yakni menurut pengalaman dan pemerhatian beliau; terdapat wanita yang pernah mencapai tempoh nifas hingga 60 hari. Adapun tempoh 40 hari yang disebut oleh Ummu Salamah dalam hadis di atas, itu adalah tempoh kebiasaan nifas bagi kebanyakan wanita, bukan bermaksud tempoh maksimanya.

Bagaimana jika kelahiran melalui pembedahan?

Wanita yang melahirkan anak melalui pembedahan, jika keluar darah melalui farajnya selepas pembedahan itu, darah itu adalah darah nifas. Jika tidak ada darah yang keluar, tidak ada nifas baginya dan ia dikira suci. Kesimpulannya, sama ada seorang wanita itu bernifas atau tidak bergantung kepada keluar atau tidak darah dari farajnya selepas melahirkan anak, bukan bergantung kepada cara melahirkan iaitu melalui jalan biasa atau dengan pembedahan.

Bagaimana dengan suci antara hari-hari nifas? Adakah masih dianggap dalam nifas atau dianggap dalam suci?

Seorang wanita selepas bersalin melihat darah keluar dari farajnya lima hari, kemudian ia mendapati empat hari berikutnya darah berhenti, kemudian datang semula selepas itu selama lima hari; apa kedudukannya pada hari-hari ketiadaan darah itu, adakah ia suci atau masih dianggap bernifas?

Jawapannya; menurut pendapat ulamak-ulamak mazhab Syafi’ie; jika tempoh berhenti darah itu l5 hari atau lebih, maka ia dikira suci (yakni bersih dari nifas). Darah yang keluar selepas itu dikira darah haid. Adapun jika kurang dari 15 hari, maka ia masih dianggap berada dalam nifas mengikut pandangan yang rajih dalam mazhab. Jika ditakdirkan seorang wanita melahirkan anak tanpa keluar darah sedikitpun selepas bersalinnya dan keadaan itu berterusan hingga 15 hari, maka ia dianggap suci secara keseluruhannya. Jika keluar darah selepas 15 hari itu, maka darah itu dikira darah haid, bukan darah nifas. Dalam kes ini, wanita itu dianggap tidak bernifas.

Bagaimana dengan wanita yang melahirkan bayi kembar?

Bagi wanita yang melahirkan anak kembar, menurut mazhab Syafi’ie; nifasnya dikira selepas kelahiran bayi kedua. Adapun darah yang keluar selepas kelahiran bayi pertama ia tidak dianggap darah nifas, tetapi darah haid jika berbetulan dengan kebiasaan haidnya atau dikira darah fasad/illah jika tidak berbetulan dengan kebiasaan haidnya.

Bagaimana dengan wanita yang keguguran anak? Adakah darah yang keluar selepas gugur itu dikira darah nifas?

Persoalan ini menjadi perbahasan di antara ulamak;

1. Mazhab Syafi’ie berpandangan; tidak disyaratkan untuk dikira darah nifas bahawa bayi yang dilahirkan itu hidup atau sempurna kejadian. Asalkan bidan mengesahkan bahawa yang keluar itu adalah janin manusia maka sabitlah hukum nifas bagi darah yang keluar selepas keluarnya janin itu sekalipun janin itu belum menampakkan rupa manusia iaitu hanya berupa seketul daging semata-mata.

2. Menurut mazhab Imam Malik; seorang wanita dikira bernifas jika janin yang gugur itu telah berumur empat bulan. Jika yang gugur itu baru dalam peringkat ‘alaqah atau mudghah, maka tidak dikira nifas bagi darah yang keluar selepasnya.

Apakah hukum wanita yang berada dalam nifas?

Telah disepakati oleh sekelian ulamak (yakni telah berlaku ijmak) bahawa wanita yang menghadapi nifas hukumnya menyamai wanita yang haid. Oleh itu, dilarang/diharamkan ke atasnya perkara-perkara yang dilarang/diharamkan ke atas wanita yang kedatangan haid. Dan ia wajib mandi apabila kering darah nifasnya untuk membolehkannya melakukan solat, berjimak dengan suaminya dan sebagainya lagi dari perkara-perkara yang tidak harus ia lakukan melainkan setelah mandi wajib.

Nota Hujung;

[1]Para ulamak mazhab Syafi’ie memperincikan syarat darah nifas dengan penjelasan; hendaklah darah itu keluar selepas kosong rahim sepenuhnya dari bayi (yakni bayi telah keluar sepenuhnya dari rahim). Jika sebahagian sahaja badan bayi yang telah keluar dan masih tinggal sebahagian lagi yang belum keluar walaupun sedikit, maka darah yang keluar belum lagi dianggap darah nifas. Disyaratkan juga, darah itu keluar sebaik sahaja selepas kelahiran iaitu dalam tempoh lima belas hari. Adapun selepas 15 hari atau lebih baru darah keluar (yakni sebelum itu darah tidak keluar walaupun setitik), maka darah yang keluar itu tidak dianggap darah nifas. Ia dianggap darah haid.

20 comments:

mba said...

salam.macam mana kalau seorang wanita ini dia melahirkan anak,tetapi tidak keluar darah nifas?apakah hukumnya?-soalan ini dipetik melalui buku teks pendidikan islam tingkatan 1...muka surat 151....

azrey azmi said...

assalamua'laikum..

bila sepatutnya wanita bersalin ini mengerjakan solat?selepas darah berhenti keluar?atau selepas habis tempoh pantang 40 hari?

ummu amir said...

syukran jazilan ustaz atas perincian yg diberikan.

nur fawaty said...

SALAM USTAZ,APAKAH HUKUM SOLAT BAGI WANITA MENGANDUNG YANG KELUAR DARAH DAN BAYI YANG DIKANDUNGKAN SUDAH MENINGGAL CUMA MENUNGGU MASA UNTUK DIKELUARKAN SAHAJA.ADAKAH DARAH YG KELUAR INI DIKIRA DARAH NIFAS?

Imtiaz said...

terima kasih ustaz atas penjelasan yang sangat difahami.
vBio Aura Water Filter -Harga Promosi Penapis Air Bermineral

AmzarAzmi said...

jawapan :
mba : bila tk keluaq darah nifas tu,maka wanita tu wajib mandi wiladah sbb beranak.lps tu solat mcm biasa.klu lps tu darah dia keluaq (sebelum lebih 15 hari) maka tu dkira nifas.klu keluar lebih 15 hari dr tarikh dia beranak,maka tu haid.bukan nifas lg. (contoh beranak 1 hb.lps tu darah tk keluaq.16 hari atau lebih baru keluaq darah,maka tu darah haid,bukan nifas)
azrey azmi : wanita bersalin wajib mengerjakan solat lps darah nifas berhenti.sebanyak2 nifas 60 hari bg mazhab Syafie.
nur fawaty : darah yg keluaq tu tk dikira nifas.boleh dikatakan darah tu haid klu tk kurg 24 jam & tk lebih 15 hari.darah nifas ni ialah darah yg keluaq slps kosong rahim dr anak.
(klu salah jwpn ni mohon dibetoikan)

moniq woon said...

Assalamualaikum ustaz, kalau seorang wanita telah keguguran janin yg baru berusia 42 hari, dan sebelum keluarnya janin tersebut,darah telah keluar dgn banyak skali selama 6 jam sahaja dan setelah janinnya keluar, didapati darahnya kering slama 24 jam tetapi darah nya keluar lagi slepas itu berlarutan hingga 20 hari berikutnya. Adakah darah yg keluar sebelum janin itu keluar dikira haid dan tidak wajib bagi nya bersolat? Atau adakah ia istihadah? Perlukah semasa darah kering slama 24 jam itu diwajibkan utknya mandi wajib dan bersolat? Dan adakah darah yg keluar yg berlarutan hingga 20 hari itu di kira nifas@istihadah? Diharap ustaz menjawab persoalan ini dgn segera. Terima kasih.

AmzarAzmi said...

moniq woon...
Adakah darah yg keluar sebelum janin itu keluar dikira haid dan tidak wajib bagi nya bersolat?
jawapan : nk kata haid tk boleh sbb hny keluar 6 jam shj sdgkn skurg2 haid 24 jam.maka masa tu wajib solat.
Perlukah semasa darah kering slama 24 jam itu diwajibkan utknya mandi wajib dan bersolat?
jawapan : ya,wajib mandi dan solat mcm biasa sbb dia bukan tau darah nk mai balik.
Dan adakah darah yg keluar yg berlarutan hingga 20 hari itu di kira nifas@istihadah?
jawapan : ya,darah yg 20 hari tu dikira darah nifas.
(ni apa yg sy fhm)

Nina said...

As salam Ustaz, mohon pencerahan drpd Ustaz.

Saya keguguran semasa pertengahan bulan Ramadhan. Darah nifas berhenti 1 minggu sebelum Syawal, saya dpt puasa 6 hari. Pada 1 Syawal, saya dapati ada darah keluar tetapi sedikit sgt & saya rasa x sampai 1 jam pun. Darahnya coklat tetapi cair. Saya keliru samada ia nifas atau istihadhah, tapi sya mandi wajib dan solat semula.

Darah seperti ini dtg dan pergi sepanjang 1 minggu pertama bulan Syawal dlm keadaan yang sama (sgt sedikit dan x sampai 24 jam). Apakah ia masih dikategori sebagai darah nifas.

Terima kasih.

Nina said...

Maaf, nak tanya lagi 1, samada sah puasa saya pada 6 hari terakhir Ramadhan tu?

Terima kasih.

AmzarAzmi said...

kak nina...
cth kak keguguran 15 ramadhan.lps tu darah keluar hingga 23 ramadhan.maka tu darah nifas la kan.
hari ke 23 ramadhan - 29 ramadhan darah berhenti.maka tu disebut naqa.masa suci di antara hari2 nifas..
mai 1 syawal hingga seminggu pertama syawal darah keluaq tp sedikit dan tk sampai 24 jam kan. maka darah tu masih nifas.. bukan istihadah..
puasa kak yg 6 hari tu sah..
(klu slh mohon dibetulkan)

Nina said...

Terima kasih. Makanya drh (stain) yg jap keluar jap berhenti sepanjang minggu pertama syawal ni pun kira nifas gak la? Dan dlm tempoh suci di antara hari2 tersebut wajib bg saya bersolat?

AmzarAzmi said...

ya.darah yg sat keluaq sat tk keluaq tu masih nifas.cuba kak kira drpd 15 ramadhan sampai 7 syawal ada lebih kurg 21 hari baru kan.maka mmg nifas lg lah sbb dlm mazhab Imam Syafie sbnyk2 nifas 60 hari kan.
ya.masa suci di antara nifas tu wajib mandi dan solat sperti biasa sbb kita tk tau darah akan mai balik
(klu slh sy minta maaf,ni yg sy mgaji dlm kitab Sabilal Muhtadin bab Haid,NIfas,Istihadah) *yg sy fhm

Encik Nazri said...

ASSALAMUALAIKUM,,SAYA NAK TNYA APAKAH HUKUM @ BOLEHKAH BIDAN YANG MEMANDIKAN WANITA TERSEBUT(MANDI WILADAH@NIFAS)..

MAZNIRAENTERPRISE said...

assalamualaikum ustaz,saya nak tanya,saya keguguran pd 6hb nov dan buat d&c pd 7hb.lps tu darah keluar sedikit2 setiap ari.skrg ni dah 14 ari dah xde darah.tp bila saya buang air akan ada selaput/lendir warna putih keperangan.adakah itu dikira jgk darah nifas?dah 2x saya mandi hadas waktu pg tp bila nak solat tghari nya n pergi nuang air mrsti afa keluar lg selaput keperangan tu.saya confius samaada dah boleh solat ke blm?

PuTeRi DYaNa @ PuTeRi MaNJa said...

Salam..saya dah bersalin secara pembedahan pada 2hb nov...sekarang dah 44hari..masalah saya..dalam 3hari lepas saya cume dtg lendir + darah koko..kemudian berhenti sehari..sekarang dtg balik darah..adakah darah nie darah nifas atau darah haid? Saya keliru..please.

syameen said...

Salam Ustaz,

Saya mengalami haid tidak teratur. Adakala, haid saya melebihi 15 hari, namun begitu saya akan mandi wajib pada hari ke 16 walaupun darah masih keluar. Darah berterusan keluar sehingga hari yang ke 30. Adakah saya dikira haid pada hari ke 31 atau darah tersebut masih dikira darah istihadah. Untuk makluman darah yang keluar tidak banyak dan saya telah pergi ke klinik untuk mendapat rawatan. Doktor tlh memberi ubat hormon. Harap ustaz boleh membantu. Tq

buncho said...

salam ustaz.nak tanya soalan sikit.isteri saya disahkan keguguran oleh doktor,tapi tak penuh lagi,kene tunggu keluar sendiri.darah hari2 keluar dari kawasan private tu,tapi sikit2, lebih kurang 2-3 kali sehari.soalan saya,adakah isteri saya boleh sembahyang?perlukah mandi wajib seperti haid?lagi satu soalan saya,bolehkah saya 'bersama' dengan isteri?terima kasih ustaz,semoga kita dirahmati Allah,amin

aide said...

Assalamualaikum. Sy br bersalin 2bulan secara normal. drh nifas sy berhenti pd hari ke 47 dan keluar semula pd hari ke 49 sebelum suci. Sy puasa selepas suci dan pd hari ke 63 sy dapati a da tompokan darah ' awal'.selepas sahur tiasa tanda darah tetapi sy berasa ragu untuk berpuasa.adakah ini nifas atau haid atau istohadha kerana sy menyusu anak sepenuhnya. mohon pandangan

Sarina Ikhlas said...

Assalamualaikum ustaz.saya akan menjalankan d&c kerana selepas scan didapati tiada kehadiran janin didalam kantung. Yang ada hanyalah kantung kosong tanpa janin.oleh itu, darah yang keluar selepas keluarnya kantung itu adakah dikira darah nifas atau darah haid? Terima kasih.