السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PESANAN NABI S.A.W.
"Sesiapa menempuh satu perjalanan untuk mencari suatu ilmu, Allah akan memudahkan untuknya jalan ke syurga" (Hadis riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Monday, July 7, 2008

PUASA (SYARAT-SYARAT SAH PUASA)

Apakah syarat-syarat sahnya puasa?

1. Islam; tidak sah puasa orang kafir atau orang yang murtad dari agama.

2. Berakal; tidak sah puasa orang gila dan juga kanak-kanak yang belum mumayyiz kerana puasa memerlukan niat dan niat ini hanya boleh dilakukan oleh orang-orang yang berakal sahaja.

3. Bebas dari haid dan nifas; tidak sah puasa orang yang kedatangan haid dan nifas, malah diharamkan mereka berdua berpuasa.

4. Puasa dilakukan pada hari-hari yang diharuskan berpuasa; hari-hari sepanjang tahun merupakan waktu yang harus berpuasa kecuali dua hari raya, hari-hari tasyrik dan hari syak.

Orang-orang yang tidak memiliki syarat-syarat di atas atau salah satu darinya, tidak sah puasanya.

Apa hukum puasa kanak-kanak?

Kanak-kanak apabila telah mumayyiz, sah lah puasanya tetapi belum wajib. Apabila sampai umurnya tujuh tahun, ibu-bapa atau penjaganya hendaklah melatihnya berpuasa –jika tiada sebarang halangan- sebagaimana yang disarankan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis baginda mengenai solat. Apabila ia mencecah usia baligh, wajib lah atasnya berpuasa.[1]

Nota kaki;

[1] Sabda Nabi s.a.w. (bermaksud); “Suruhlah anak-anak kamu menunaikan solat tatkala mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka (jika enggan menunaikannya) tatkala mereka berumur 10 tahun. Pisahkanlah antara mereka (yakni antara anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan) pada tempat-tempat tidur mereka (ketika berumur 10 tahun itu)”. (Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan al-Hakim dari Abdullah Ibn ‘Amru r.a.)

12 comments:

AbduL QaDir said...

assalamualaikum, kemuskilan saya...sekiranya kita terjaga tidur pukul 6 pagi dan dalam keadaan hadas besar, boleh kah kita meneruskan niat untuk berpuasa sunat pada hari tersebut?>

dee said...

Apakah syarat-syarat sahnya puasa?

1. Islam; tidak sah puasa orang kafir atau orang yang murtad dari agama.

2. Berakal; tidak sah puasa orang gila dan juga kanak-kanak yang belum mumayyiz kerana puasa memerlukan niat dan niat ini hanya boleh dilakukan oleh orang-orang yang berakal sahaja.

3. Bebas dari haid dan nifas; tidak sah puasa orang yang kedatangan haid dan nifas, malah diharamkan mereka berdua berpuasa.

4. Puasa dilakukan pada hari-hari yang diharuskan berpuasa; hari-hari sepanjang tahun merupakan waktu yang harus berpuasa kecuali dua hari raya, hari-hari tasyrik dan hari syak.

Orang-orang yang tidak memiliki syarat-syarat di atas atau salah satu darinya, tidak sah puasanya.
ADAKAH ANDA ADA SEPERTI YANG DIATAS.. KALAU TAK ADA BOLEH PUASA.

jiwang.org said...

betul jugak, tak ada pun syarat sah puasa kena bebas dari hadas besar... jd boleh puasa la...

idasina m aril said...

assalamualaikum..soalan saya sah kah puasa seorang wanita jika haidnya sudah bersih pada mlm hari dan hanya mandi hadas pada subuh keesokan harinya iaitu selepas waktu imsak..sah kah puasanya itu...

sizash said...

salam. hadas besar spt haid dan nifas tidak membolehkan seseorg prmpuan berpuasa..
tapi jika hadas besar sprti bermimpi sehingga keluar air mani samada sebelu atau selepas wktu shur dan di siang hari, puasanya tidak batal tetapi wajib mandi junub.

http://www.muis.gov.sg/cms/uploadedFiles/RamdanSG/FAQ%20Perkara%20yang%20Membatalkan%20Puasa_4_.pdf

diyana said...

assalamualaikum.....
saya xpasti sama ada saya haid @ tidak...pada mulanya tompokkan kecil itu bewarna 'pink' dan akan bertukar coklat pada pantyliner saya,keadaan dah berlanjutan hingga 2 hari... adakah sah puasa saya hari ni???

wirajiwa Faintallah said...

Assalamualikum Ustaz, bagaimana dengan niat. Adakah ianya tidak termasuk syarat SAH puasa? Maaf, saya mencari kepastian.

Abdul Rahman said...

Assalamualaikum wbt .. nak tanya ni .. sah ke puasa jika seseorang itu terkeluar air mani ?

dunia sementara said...

Salam...dalam pengetahuan saya,diperintahkan Allah berpuasa dari terbitnya fajar hingga terbenamnya matahari....tapi setiap kali waktu berbuka bila azan berkumandang, matahari belum pun terbenam....sila jelaskan persoalan tersebut...

Mrs. Bie said...

salam ustaz...sekiranya saya berpuasa sunat tp terlupa lalu makan secara tidak sengaja , adakah batal puasa saya itu..terima kasih

SyamilSaid said...

assalamualaikum usataz, saya hendak tanya satu soalan. sah atau tidak sah seseorang itu berpuasa di siang hari sekiranya di malam hari dia telah mengeluarkan air mani? saya hendak dapat kepastian tetang ini kerana terdapat perbalahan antara rakan-rakan saya mengenai hal ini. sekian.

Unknown said...

Kalo selesai sholat subuh spsang suami istri berstubuh sblum matahari terbit apakah msh bs berpuasa