السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PESANAN NABI S.A.W.
"Sesiapa menempuh satu perjalanan untuk mencari suatu ilmu, Allah akan memudahkan untuknya jalan ke syurga" (Hadis riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Monday, July 7, 2008

PUASA (PERKARA-PERKARA MEMBATALKAN PUASA

Apakah perkara-perkara yang membatalkan puasa?

1. Makan dan minum dengan sengaja (ijmak ulamak); berdalilkan pemahaman dari ayat Allah; “…maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam) iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib)…”. (al-Baqarah; 187)

2. Bersetubuh dengan isteri pada pada siang hari bulan Ramadhan walaupun tanpa keluar mani (ijmak ulamak); berdasarkan pemahamana dari ayat di atas.

3. Muntah dengan sengaja walaupun sedikit (berdasarkan pandangan Imam Malik dan Syafi’ie); berdalilkan hadis Nabi s.a.w.; “Sesiapa yang terpaksa muntah, maka (tidaklah batal puasanya dan) ia tidak wajib mengqadha’ dan sesiapa yang sengaja muntah, maka (batallah puasanya dan) ia wajib mengqadhanya” (HR Imam Abu Daud, Tirmizi, an-Nasai dan lain-lain dari Abu Hurairah r.a.). Mengikut pandangan Imam Abu Hanifah; tidak batal puasa kecuali banyak (penuh mulut). Jika muntah berlaku tanpa sengaja tidak batal puasa dengan ijmak ulamak.

4. Kedatangan haid dan nifas (ijmak ulamak); wanita apabila kedatangan haid atau nifas, maka batallah puasanya dengan sendirinya. Kemudian wajib ia menggantikan puasanya pada hari-hari lain di luar Ramadhan.

5. Mengeluarkan air mani dengan perbuatan secara lansung yang disengajakan seperti mengeluar dengan tangan (sama ada tangan sendiri atau tangan isteri), bercium atau berpelukan dengan isteri dan sebagainya. Adapun jika keluar mani kerana melihat atau berfikir/khayal, tidaklah membatalkan puasa –kerana ia seumpama mimpi- kecuali orang yang menjadi kebiasaan baginya. Namun begitu perbuatan tersebut adalah makruh. Begitu juga, jika yang keluar adalah air mazi, tidaklah membatalkan puasa.

6. Memasukkan sesuatu bukan makanan melalui saluran terbuka yang menyampai ke rongga perut, yakni memasukkan melalui mulut atau hidung. Perkara ini membatalkan puasa mengikut mazhab Syafi’ie, Malik dan jumhur ulamak dengan mengkiaskannya kepada makanan dan minuman.

7. Memasukkan ubat melalui lubang dubur; membatalkan puasa mengikut jumhur ulamak kecuali Imam Malik (mengikut satu pandangannya) dan Imam Daud.

8. Menitikkan air atau ubat ke dalam lubang telinga dan lubang kencing membatalkan puasa menurut Imam Syafi’ie. Begitu juga, menyedut ubat melalui hidung.[1]

9. Pengsan sepanjang hari akan membatalkan puasa dengan disepakati sekelian ulamak. Adapun tidur sepanjang hari tidak membatalkan puasa dengan ijmak juga.

10. Gila; jika seseorang itu menjadi gila, batallah puasanya kerana ia telah hilang darinya kelayakan untuk beribadah.

11. Berbekam (mengeluarkan darah); batal puasa mengikut Imam Ahmad. Jumhur ulamak tidak membatalkannya.

12. Berniat keluar dari puasa; batal puasa mengikut Imam Ahmad. Menurut Abu Hanifah, majoriti ulamak mazhab Maliki dan yang rajih dalam mazhab Syafi’ie; tidak batal puasa.

Nota kaki;

[1] Ketetapan umum dalam mazhab Syafi’ie; membatalkan puasa dengan memasukkan sesuatu ke rongga dalam badan (iaitu rongga halqum ke perut, rongga kepala (otak), usus dan pundi kencing) melalui saluran yang terbuka di badan. Sama ada benda yang dimasukkan itu kecil atau besar, makanan atau bukan makanan. Yang dimaksudkan saluran terbuka pada badan itu ialah mulut, hidung, telinga, kemaluan/faraj (saluran kencing) dan dubur (saluran berak).

22 comments:

surie shop said...

terima kasih ustaz...penerangan yang jelas dan bagus...

Unknown said...

kalau kite memotong kuku / mencukur disiang hari waktu berpuasa , apakah hukumnya

AHMAD ADNAN FADZIL said...

Tiada sebarang tegahan, insya Allah.

Unknown said...

kalau kita memasukkan jari kedalam hidung tetapi tidak dalam apa hukumnya?

zane ibrahimovic said...
This comment has been removed by the author.
MrSyafiq said...

ustaz.. jika kite sengaja mengeluarkan kahak tetapi sedikit bilangannya. adakah dikira muntah dengan sengaja

surerich said...

salam uztaz... saya ada ketumbuhan kecil dibahagian bawah telinga..
saya ingat nak buat pembedahan kecil...
adakah ini akan membatalkan puasa...
saya harap uztaz dapat emailkan jawapan kepada saya dengan segera
mohamadirwan@gmail.com

salleh said...

salam ustaz.saya niat puasa sunat kul 2 pagi.lepas tu saya tertido dan pada awal paginye isteri saya mamegang zakar saya.tetepi saya terlupa yg saya berpuasa.apa hukumnya ustaz.boleh ustaz balas ke yahoo mail saya.salleh_yusofw60@yahoo.com

Unknown said...

5. Mengeluarkan air mani dengan perbuatan secara lansung yang disengajakan seperti mengeluar dengan tangan (sama ada tangan sendiri atau tangan isteri), bercium atau berpelukan dengan isteri dan sebagainya. Adapun jika keluar mani kerana melihat atau berfikir/khayal, tidaklah membatalkan puasa –kerana ia seumpama mimpi- kecuali orang yang menjadi kebiasaan baginya. Namun begitu perbuatan tersebut adalah makruh. Begitu juga, jika yang keluar adalah air mazi, tidaklah membatalkan puasa.

salam ustaz,
mengenai perkara 5, berapakah tempoh / hari puasa yang perlu gantikan sekiranya mengeluarkan air mani dgn perbuatan sengaja? sekiranya perbuatan tersebut dilakukan pada hari ke-15, adakah puasa hari ke-16 dan seterusnya terbatal sekiranya puasa ganti belum dilakukan? .. saya harap ustaz dpt memberi penjelasan ke awangbola@gmail.com terima kasih.

Unknown said...

salam ustaz.sekiranya kita melihat perempuan seksi, tiba2 terangsang dan keluar air mani.adakah batal puasanya?

Youth&Fraud said...

Salam,
Uztaz kawan sy isap dadah.. tpi kate nye die ambik sebelom sahur..
then die truskan puasa seperti biase, dadah yg tidak mngkhyalkan kata nya.

Adakah ia mmbatal kan ibadah puasa?

Unknown said...

jika kita bercumbu dgn isteri pada bulan puasa..adakah batal puasa kita??

Anonymous said...

assalam'mualaikum....ustaz,sekiranya seseorang itu lupa mandi wajib...adakah sah puasanya.....

pensel kayu said...

http://halaqah.net/v10/index.php?topic=10448.msg122421#msg122421

mintak ustaz tolong selesaikan kepeningan ummah di link atas..

jasman_4j said...

Ustaz adakah mata termasuk dlm kategori rongga badan?? Saya pernah dgr ada org ckp jika sesuatu benda yg dimasukkan iaitu ubat dan dirasai oleh tekak batal puasa nya mnta ustaz tlg ulas.

Ibnuatam said...

Saya ijin salin ustadz, jazakallooh

faizal mualij said...

ASsalamualaikum ust... persoalan perubatan ruqyah sya'riyyah... berlaku kerasukkan pada 2 tahap...tahap pertama mereka kerasukan dalam keadaan sedar tetapi tidak dapat mengawal... tahap kedua mereka kerasukan dalam keadaan tidak sedar dan tidak dapat mengawal... apakah batal puasa mereka yang berada tahap kedua kerana sama seperti gila... mohon pencerahan

DinBlues said...

Assalamualaikum..saya ada kemusykilan.
Saya penghidap gastrik (GERN), iaitu apabila saya lambat makan atau tidak makan dalam tempoh yang lama, perut saya akan mengeluarkan gas yg menyebabkan ulu hati saya pedih terutamanya apabila hampir waktu berbuka. Apa hukum saya berpuasa sedangkan ianya akan menyakiti badan saya. Selain itu, apabila sya terus amalkan ianya akan menyebabkan perut sya luka dan apabila buangair besar, sejumlah darah akan keluar (darah keluar seperti air dlam kauntiti yang banyak. Menurut
Doktor ianya datang dari perut yamg luka tadi. Batalkah puasa sya apabila ianya berlaku?

Nurul Adibah said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

السلام عليكم ورحمةالله وبركاته
Ustaz... apa hukumnye kalau kita terlupa menunaikan zakat di bulan ramadan?

Unknown said...

terima kasih sangat bermanfaat
tentang muntah ketika puasa
infonya menarik

Unknown said...

ustaz...apa hukumnya jika doktor membuat scan didalam kemaluan kita untuk memeriksa kandungan ? adakah batal puasa kita?