السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PESANAN NABI S.A.W.
"Sesiapa menempuh satu perjalanan untuk mencari suatu ilmu, Allah akan memudahkan untuknya jalan ke syurga" (Hadis riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Friday, July 18, 2008

PUASA SUNAT (PUASA NABI DAUD)

Apa yang dimaksudkan dengan puasa Nabi Daud a.s.? Apa fadhilatnya?

Puasa Nabi Daud a.s. bermaksud; puasa sehari dan berbuka sehari dengan mengecualikan hari-hari yang diharamkan berpuasa iaitu dua hari raya dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Dzul-Hijjah). Kelebihannnya ialah sabda Nabi s.a.w.; “Sesungguhnya puasa yang paling disukai Allah ialah puasa Nabi Daud dan solat yang paling disukai Allah ialah solat Nabi Daud; beliau tidur separuh malam, bangun (mengerjakan solat) sepertiganya dan tidur semula sepernamnya. (Adapun puasa pula) beliau berpuasa sehari dan beliau berbuka (yakni tidak berpuasa) sehari” (Riwayat Imam Muslim dari Abdullah bin ‘Amru r.a.).

7 comments:

curhat said...

Bagaimana dengan niat puasa Nabi Daud a.s,..?

Unknown said...

ya ... kalau ye pun puasa sunat sana sunat sini tapi tak cite niatnye camner nak ajk org semua belajar puasa ... harap maklum

Ang Memen said...

Niat adanya di dalam hati, terserah ketika berniat puasa Daud dengan redaksi bahasa arab atau bahasa yang kita mengerti. Intinya, kita berkeinginan untuk melakukan puasa nabi Daud.

RABANI HUSSAIN said...

betul..niat je la..mcm niat nk gi amik anak kt skolah...lafaz tu kt mulut je..xkisah.

dark said...

Assalamualaikum wkbth ... nak penjelasan sedikit .. maklumla ...interpretasi berbeza ... puasa nabi Daud a.s. ni makna dia ... berpuasa mengikut selang sehari ke?

IBNU MUSLIM said...

SAHAJA AKU PUASA ESOK HARI KERANA ALLAH TAALA

Unknown said...

Saya sempat menjalankan puasa nabi daud selama 5 thn.. jika halangan wanita saja saya berhenti ataupun menjalan puasa wajib.. namun kembali lagi menjalan puasa daud.. dan memang jadi kuat segala persoalan yg dihadapi menjadi ringan hanya sayangnya terlalu berat ujiannya...