السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PESANAN NABI S.A.W.
"Sesiapa menempuh satu perjalanan untuk mencari suatu ilmu, Allah akan memudahkan untuknya jalan ke syurga" (Hadis riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Monday, July 7, 2008

PUASA (MUKADIMAH)

Apa makna puasa?

Puasa menurut pengertian bahasa bermaksud menahan dari sesuatu sama ada menahan dari bercakap, makan atau sebagainya.

Adapun puasa menurut pengertian Syara’ (yakni puasa yang disuruh Allah supaya dikerjakan oleh setiap orang Islam) ialah; “Menahan diri dari makan, minum dan jimak (persetubuhan) dengan niat yang ikhlas kepada Allah. (Tafsir Ibnu Kathir; Surah al-Baqarah, ayat 183.)

Masa berpuasa ialah dari terbit fajar Sodiq (iaitu fajar yang menandakan masuknya waktu subuh) hinggalah terbenam matahari (iaitu masuknya waktu maghrib).

Berapa jeniskah puasa?

Puasa melihat kepada hukumnya ada empat jenis;

1. Puasa yang wajib. Ia ada beberapa jenis pula;
Pertama; puasa yang diwajibkan Allah dengan ditetapkan hari-harinya iaitulah puasa Ramadhan.
Kedua; puasa yang diwajibkan kerana sebab-sebab tertentu sebagai hak (kewajipan) terhadap Allah, iaitu lah puasa Kaffarah yang merangkumi kaffarah sumpah, kaffarah zihar, kaffarah membunuh secara tersalah dan sebagainya.
Ketiga; puasa yang diwajibkan oleh individu itu sendiri ke atas dirinya, iaitu lah puasa nazar.

2. Puasa yang disunatkan; seperti puasa isnin dan kamis, puasa tiga hari setiap bulan dan sebagainya.

3. Puasa yang diharamkan; seperti puasa hari raya dan sebagainya.

4. Puasa yang dimakruhkan; seperti puasa setiap hari.

3 comments:

Ge'Gurlz said...

assalamualaikum,
saya nak tanya ustaz, kalau kita puasa nazar..masa kita nak puasa tu kita ckp yg kita nak puasa nazar seminggu... boleh tak kalau saya berpuasa 7 hari tapi bukan terus 7 hari pada minggu tu???

LaNuNsepet said...

minta izin kopi n paste di blog saya dan saya akan link kan ke blog ustaz TQ :-)

semoga ustaz sentiasa dibwah rahmat Ilahi

Ibnu Salleh said...

Salam, ustaz....mohon copy n paste di blog saya juga....