TOHARAH &
KESIHATAN
(TINJAUAN DARI
NAS-NAS AL-QURAN DAN AL-HADITH)
Skop toharah (yang disebut al-Quran dan al-Sunnah);
1. Toharah al-Qulub (tazkiyah)
2. Toharah ibadat; wudhuk, mandi wajib, tayammum.
3. Toharah adat
i) Membasuh najis
ii) Istinjak
iii) Membasuh tangan sebelum dan selepas makan
iv) Perapian diri; memotong kuku, mencukur misai,
membuang bulu ari-ari dan bulu ketiak.
v) Bersugi
vi) Berwangian
v) Memakai pakaian cantik
vi) Mandi-mandi sunat; biasanya membabitkan ibadat secara
jamaah (hadis mandi hari jumaat).
AL-QURAN
وَمَن يُرِدِ ٱللَّهُ فِتۡنَتَهُ ۥ فَلَن تَمۡلِكَ لَهُ ۥ
مِنَ ٱللَّهِ شَيۡـًٔاۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ ٱلَّذِينَ لَمۡ يُرِدِ ٱللَّهُ أَن
يُطَهِّرَ قُلُوبَهُمۡۚ لَهُمۡ فِى ٱلدُّنۡيَا خِزۡىٌ۬ۖ وَلَهُمۡ فِى
ٱلۡأَخِرَةِ عَذَابٌ عَظِيمٌ۬ (٤١)
Maksud; dan sesiapa yang
dikehendaki Allah kesesatannya, maka engkau tidak berkuasa sama sekali
(menolak) sesuatu apapun (yang datang) dari Allah untuknya. Mereka ialah
orang-orang yang Allah tidak mahu membersihkan hati mereka; bagi
mereka kehinaan di dunia dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang
besar. (41) (Surah al-Maidah,
ayat 41).
خُذۡ مِنۡ أَمۡوَٲلِهِمۡ صَدَقَةً۬ تُطَهِّرُهُمۡ وَتُزَكِّيہِم
بِہَا وَصَلِّ عَلَيۡهِمۡۖ إِنَّ صَلَوٰتَكَ سَكَنٌ۬ لَّهُمۡۗ وَٱللَّهُ سَمِيعٌ
عَلِيمٌ (١٠٣)
Maksud; Ambillah
(sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau
membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk)
dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman
bagi mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (103)
(Surah at-Taubah, ayat 103).
يَا
أَيُّهَا الْمُدَّثِّرُ، قُمْ فَأَنْذِرْ، وَرَبَّكَ فَكَبِّرْ، وَثِيَابَكَ
فَطَهِّرْ، وَالرُّجْزَ فَاهْجُرْ.
Maksud; Wahai orang yang berselimut!
(1) Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia). (2)
Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya! (3) Dan pakaianmu, maka
hendaklah engkau bersihkan. (4) Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau
jauhi. (5) (Surah al-Muddatsir, ayat 1-5).
لَا تَقُمۡ فِيهِ أَبَدً۬اۚ لَّمَسۡجِدٌ أُسِّسَ عَلَى ٱلتَّقۡوَىٰ
مِنۡ أَوَّلِ يَوۡمٍ أَحَقُّ أَن تَقُومَ فِيهِۚ فِيهِ رِجَالٌ۬ يُحِبُّونَ أَن
يَتَطَهَّرُواْۚ وَٱللَّهُ يُحِبُّ ٱلۡمُطَّهِّرِينَ (١٠٨)
Maksud; Jangan engkau sembahyang
di masjid (dhirar) itu selama-lamanya, kerana sesungguhnya masjid (Quba` yang
engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar takwa dari mula
(wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada
orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya
dan Allah mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan
batin). (108) (Surah at-Taubah, ayat 108).
*Ayat ini adalah berkenaan golongan al-Ansar yang
mengamalkan istinjak yang sempurna (Tafsir al-Jalalaian).
وَيَسۡـَٔلُونَكَ عَنِ ٱلۡمَحِيضِۖ قُلۡ هُوَ أَذً۬ى فَٱعۡتَزِلُواْ
ٱلنِّسَآءَ فِى ٱلۡمَحِيضِۖ وَلَا تَقۡرَبُوهُنَّ حَتَّىٰ يَطۡهُرۡنَۖ فَإِذَا
تَطَهَّرۡنَ فَأۡتُوهُنَّ مِنۡ حَيۡثُ أَمَرَكُمُ ٱللَّهُۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ
ٱلتَّوَّٲبِينَ وَيُحِبُّ ٱلۡمُتَطَهِّرِينَ (٢٢٢)
Maksud; Dan
mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah:
Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat. Oleh
sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh
dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu dan janganlah kamu hampiri
mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah
bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah
kepada kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan
mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri. (222) (Surah al-Baqarah, ayat 222).
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِذَا قُمۡتُمۡ إِلَى ٱلصَّلَوٰةِ
فَٱغۡسِلُواْ وُجُوهَكُمۡ وَأَيۡدِيَكُمۡ إِلَى ٱلۡمَرَافِقِ وَٱمۡسَحُواْ
بِرُءُوسِكُمۡ وَأَرۡجُلَڪُمۡ إِلَى ٱلۡكَعۡبَيۡنِۚ وَإِن كُنتُمۡ جُنُبً۬ا
فَٱطَّهَّرُواْۚ وَإِن كُنتُم مَّرۡضَىٰٓ أَوۡ عَلَىٰ سَفَرٍ أَوۡ جَآءَ أَحَدٌ۬
مِّنكُم مِّنَ ٱلۡغَآٮِٕطِ أَوۡ لَـٰمَسۡتُمُ ٱلنِّسَآءَ فَلَمۡ تَجِدُواْ
مَآءً۬ فَتَيَمَّمُواْ صَعِيدً۬ا طَيِّبً۬ا فَٱمۡسَحُواْ بِوُجُوهِڪُمۡ
وَأَيۡدِيكُم مِّنۡهُۚ مَا يُرِيدُ ٱللَّهُ لِيَجۡعَلَ عَلَيۡڪُم مِّنۡ حَرَجٍ۬
وَلَـٰكِن يُرِيدُ لِيُطَهِّرَكُمۡ وَلِيُتِمَّ نِعۡمَتَهُ ۥ عَلَيۡكُمۡ
لَعَلَّڪُمۡ تَشۡكُرُونَ (٦).
Maksud; Wahai
orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal
kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka
kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian dari
kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali dan jika kamu
berjunub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib dan jika
kamu sakit (tidak boleh kena air) atau dalam pelayaran atau salah seorang dari
kamu datang dari tempat buang air atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak
mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum
dengan tanah (debu) yang bersih, iaitu: Sapulah muka kamu dan kedua belah
tangan kamu dengan tanah debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung
sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Dia berkehendak membersihkan (mensucikan)
kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.
(6) (Surah al-Maidah, ayat 6).
AL-HADITH
1. Salman RA menceritakan;
“Aku telah membaca di dalam Kitab Taurat; ‘Sesungguhnya keberkatan makanan
ialah dengan mengambil wudhuk selepasnya’. Lalu aku sebutkan maklumat tersebut
kepada Nabi SAW dan aku memberitahunya tentang apa yang aku baca di dalam
Taurat. Lantas baginda bersabda; ‘Keberkatan makanan ialah dengan berwudhuk
sebelumnya dan berwudhuk selepasnya’” (Sunan at-Tirmizi, Kitab al-At’imah,
1846).
* Menurut ulamak; maksud
wudhuk dalam hadis ini bukanlah wudhuk syar’ie, tetapi wudhuk ‘urfi (dengan
maksud; membasuh tangan sebelum dan selepas makan) (lihat; Tuhfah al-Ahwazi).
2. Sabda Nabi SAW; “Kunci solat ialah toharah” (Musnad
Ahmad; 1006, dari Saidina ‘Ali RA, soheh).
3.
Rasulullah SAW bersabda; “Bersiwak itu menyucikan mulut dan menyebabkan
keredhaan tuhan” (Musnad as-Syafiie; 56, dari ‘Aisyah RA. Musnad Ahmad; 7, dari
Abu Bakar RA. Menurut Imam an-Nawawi; sanad hadis ini adalah soheh. Lihat;
Faidhul-Qadier, hadis no. 4832).
4. Huzaifah RA menceritakan; “Rasulullah SAW apabila bangun dari
tidur malam, baginda membersihkan mulutnya dengan siwak” (Soheh al-Bukhari;
245. Soheh Muslim; 255).
5. Saidatina ‘Aisyah RA menceritakan; “Rasulullah SAW apabila
hendak memasuki rumah baginda bermula dengan bersiwak” (Soheh Muslim; 253).
6. Sabda Nabi SAW; “Sesiapa di kalangan kamu ingin menghadiri
solat jumaat, hendaklah ia mandi” (Soheh Bukhari; 877. Soheh Muslim; 844).
7. Imam Malik yang menceritakan; “Abdullah bin Umar RA (seorang
sahabat Nabi s.a.w.) pada hari raya puasa (‘idil-fitri) beliau mandi sebelum
keluar pada pagi hari raya itu ke tempat sembahyang” (Riwayat Imam Malik dalam
al-Muwattak).
8. Sabda Nabi SAW; “Peliharalah diri dari air kencing kerana
kebanyakan azab kubur adalah kerananya” (Sunan ad-Daruqutni; 459. Kata beliau;
hadis ini adalah mursal).
9. Sabda Nabi SAW; “Sesungguhnya kebanyakan
azab kubur adalah dari kencing” (Musnad Ahmad; 9059, dari Abu Hurairah RA,
isnadnya soheh).
10. Anas RA menceritakan; “Adalah Nabi s.a.w. apabila keluar
membuang air, aku akan bawakan untuknya satu bekas air untuk beliau
beristinjak” (Soheh al-Bukhari; 152).
11. Sabda
Nabi SAW; “Fitrah itu ada lima; berkhitan, istihdad (mencukur bulu ari-ari),
memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan menggunting misai” (Soheh Muslim; 257,
dari Abu Hurairah RA)
12.
Sabda Nabi SAW; “Sepuluh perkara dari
fitrah (sunnah); menggunting misai, membiarkan janggut, bersiwak, menghisap air
ke dalam hidung, memotong kuku, ghaslul-Barajim
(membersihkan celah-celah jari dan kawasan-kawasan berlipat di belakang
tangan), mencabut bulu ketiak, mencukur bulu kemaluan, istinjak. Kata Mus’ab
(salah seorang perawi hadis); aku lupa yang ke sepuluh, namun seingat aku ianya
ialah berkumur” (Soheh Muslim; 261, dari Saidatina ‘Aisah RA).
13. Anas bin Malik RA menceritakan; “Telah ditetapkan tempoh untuk
kami bagi menggunting misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur
bulu ari-ari iaitu kami tidak membiarkannya melebihi 40 hari” (Soheh Muslim;
258)
14. Sabda
Nabi SAW; “Sesungguhnya Allah itu cantik dan Dia sukakan kecantikan” (Soheh Muslim;
91, dari Ibnu Mas’ud RA).
No comments:
Post a Comment