السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PESANAN NABI S.A.W.
"Sesiapa menempuh satu perjalanan untuk mencari suatu ilmu, Allah akan memudahkan untuknya jalan ke syurga" (Hadis riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Monday, August 4, 2008

ZAKAT (Muqadimah 9; Haul)

Apa maksud cukup haul?

Maksud cukup haul ialah telah berlalu tempoh setahun (12 bulan) harta dimiliki. Perkiraan haul dalam hukum Syarak hendaklah dibuat berdasarkan tarikh hijrah, bukan masihi. Namun bukan semua jenis harta disyaratkan haul untuk mewajibkan zakat. Oleh demikian, jenis-jenis harta melihat kepada syarat haul ini terbahagi kepada dua;

i) Yang disyaratkan haul; iaitu harta-harta yang bersifat modal, iaitu;
a) Binatang ternakan
b) Wang
c) Barang perniagaan/dagangan

ii) Yang tidak wajib haul; iaitu harta-harta yang bersifat pendapatan, iaitu;
a) Tanaman dan buah-buahan
b) Madu
c) Hasil galian
d) Harta karun
e) Al-Mal al-Mustafad (mengikut sebahagian ulama’ dan ditarjih oleh Qaradawi)

No comments: