السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PESANAN NABI S.A.W.
"Sesiapa menempuh satu perjalanan untuk mencari suatu ilmu, Allah akan memudahkan untuknya jalan ke syurga" (Hadis riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Friday, July 18, 2008

PUASA SUNAT (PUASA SETIAP BULAN)

Adakah kita disunatkan berpuasa setiap bulan?

Ya. Kita disunatkan berpuasa setiap bulan. Seboleh-bolehnya jangan berlalu bulan tanpa kita berpuasa, sama ada dengan puasa tiga hari setiap bulan, puasa isnin dan khamis atau puasa-puasa lain yang disunatkan.

Menurut ulamak, puasa sunat harus dilakukan pada mana-mana hari di sepanjang tahun kecuali di bulan Ramadhan, hari raya dan hari-hari Taysriq.[1] Namun demikian, digalakkan kita memilih hari-hari khusus yang disunatkan oleh Rasulullah s.a.w. kita berpuasa yang akan kita terangkan nanti.

Apakah bulan terbaik untuk berpuasa sunat?

Bulan terbaik untuk berpuasa setelah bulan Ramadhan ialah bulan Muharram. Diikuti selepasnya bulan-bulan haram yang lain iaitu Dzul-Qaedah, Dzul-Hijjah dan Rejab.[2] Setelah itu bulan Sya’ban.

Nota kaki;

[1] Soheh Muslim Bisyarhi an-Nawawi, jil. 8, hlm. 41.
[2] Kifayatul-Akhyar, hlm. 207.

1 comment:

NB said...

assalamualaikum ustaz..saya meminta izin dari ustaz untuk mengongsi artikel berkenaan dengan puasa sunat ke dalam blog saya..dan mungkin juga artikel-artikel yang lain..adakah ustaz mengizinkan?