السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PESANAN NABI S.A.W.
"Sesiapa menempuh satu perjalanan untuk mencari suatu ilmu, Allah akan memudahkan untuknya jalan ke syurga" (Hadis riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Friday, July 18, 2008

PUASA SUNAT (ISNIN DAN KHAMIS)

Apakah dalilnya disunatkan berpuasa hari Isnin dan Khamis?

Pertama; diriwayatkan dari ‘Aisyah r.a. menceritakan bahawa; “Adalah Rasulullah s.a.w. amat menjaga puasa pada hari Isnin dan Khamis” (Riwayat Imam Tirmizi. Menurut beliau, hadis ini hasan soheh).

Kedua; Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda; “Dibentangkan amalan-amalan di hadapan Allah pada hari Isnin dan Khamis. Maka aku menyukai dibentang amalanku (di hadapan Allah) pada ketika aku berpuasa” (Riwayat Imam Tirmizi).

Ketiga; Abi Qatadah menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. ditanya tentang puasa hari Isnin. Baginda menjawab; “Itulah hari aku dilahirkan dan hari aku diutuskan (menjadi Nabi) atau hari diturunkan wahyu kepadaku” (Hadis riwayat Imam Muslim).

11 comments:

anies akmal said...

salam,ustaz.
Mohon di copy artikel ustaz..
Syukran jazilan..
Semoga hidup ustaz sekeluarga dipanduNya selalu.Amin~
Wasalam

ooooooooo said...
This comment has been removed by the author.
Nurasyraf said...

ya. saya pun ustaz ingin mengopykannya. terima kasih.. wassalam

Syirah said...

salam ustaz..
mohon copy artikel ustaz ya..
trima kasih..wassalam

Al said...

salam ustaz...ingin tahu adakah puasa isnin dan khamis ini, perlu puasa pd isnin dan khamis minggu yg sama atau minggu berlainan atau pilih antara dua hari itu tersebut mengikut kesenangan sendiri yakni boleh puasa sunat pilih hari isnin atau khamis shj?

Anonymous said...

Salam, ustaz. minta copy maklumat ini ya..shukran/

anggerik rimba said...

salam ustaz...
mohon bertanya...sekiranya kita berpuasa sunat pada hari kamis, adakah kita diwajibkn berpuasa pada hari rabu atau hari jumaat untuk dijadikan peneman puasa pada hari kamis tersebut

Cahaya Air Mata said...

syukran..bertambah ilmu sy

INSAN BIASA said...

assalammualaikum...ustaz sya mohon share yew...terima kasih dengan perkongsian ilmu tersebut...

Naj Mi said...

mohon share

Unknown said...

mohon copy..syukran