السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PESANAN NABI S.A.W.
"Sesiapa menempuh satu perjalanan untuk mencari suatu ilmu, Allah akan memudahkan untuknya jalan ke syurga" (Hadis riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Friday, July 18, 2008

PUASA SUNAT (HARI 'ARAFAH)

Bilakah hari ‘Arafah? Apa dalil bagi kelebihan puasa hari ‘Arafah?

Hari ‘Arafah ialah hari sembilan Zulhijjah. Ia adalah hari terbaik sepanjang tahun kerana Nabi s.a.w. bersabda; “Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari ‘Arafah” (Riwayat Imam Muslim).

Adapun disunatkan berpuasa pada hari tersebut, dalilnya ialah; hadis dari Abu Qatadah r.a. yang menceritakan; Nabi s.a.w. ditanya tentang puasa hari ’Arafah. Baginda bersabda; “(Puasa hari itu) dapat menghapus dosa tahun lalu dan yang akan datang” (Riwayat Imam Muslim).

Adakah sunat berpuasa pada hari ‘Arafah itu ada pengecualian?

Ya. Dikecualikan dari jamaah haji. Mereka tidak disunatkan berpuasa pada hari tersebut sebagai mencontohi Nabi s.a.w. dan juga untuk menjaga kekuatan bagi memperbanyakkan berdoa pada hari itu.

Maimunah isteri Rasulullah s.a.w. menceritakan; orang ramai ragu-ragu apakah Rasulullah s.a.w. berpuasa atau tidak pada hari ‘Arafah. Lalu ia (yakni Maimunah) menghantar kepada baginda satu bekas berisi susu tatkala baginda sedang berwukuf di Padang ‘Arafah itu. Lalu baginda meminum susu tersebut dengan dilihat oleh orang ramai kepadanya (Riwayat Imam Muslim).

Malah terdapat tegahan dari Nabi s.a.w. sebagaimana yang diceritakan oleh Abu Hurairah r.a.; “Sesungguhnya Nabi s.a.w. menegah dari berpuasa pada hari ‘Arafah bagi jamaah haji yang berada di ‘Arafah” (Riwayat Imam Abu Daud, Ahmad, Ibnu Majah dan al-Hakim).

10 comments:

Nor said...

Boleh tak ustaz tulis NIAT puasa ... mana2 blog atau page semua ajak org puasa sunat tapi malangnya tak siapa terfikir nak tulis niat. tq

detective said...

sy sokong cdgn nor tu..boleh x bg niat puasa hr arafah?

wazir said...

masya allah asyik cerita pasal kehebatan berpuasa hari arafah tapi sorang pun tidak menulis tentang doa niat, tak terfikir ker pun

ceritaku.. said...

salam, saya juga cari niatnya.. tapi bila sudah niat untuk melakukan puasa sunat arafah, bermakna sudah melafazkan niatnya secara x langsung.. wallahualam...

alKhattab Batik - Classic Elegant Unique said...

Niat dari segi bahasanya bermaksud kehendak hati atau tujuan hati. Dari segi istilah, Niat bermaksud gerak hati melaksanakan sesuatu perkejaan dengan tujuan mencari keredhaan ALLAH s.w.t. Maka, kalau sudah terlintas di hati utk berpuasa Arafah, maka cukuplah utk kita berpuasa. Lafaz niat hny tujuan utk menetap & meyakinkan saja. Allah Maha Mengetahui setiap sesuatu walau sebezar zarah sekali pun. Waallaua'lam. :)


BATIK THAI NOW AVAILABLE IN MALAYSIA ONLINE MARKET...

@inurISLAM said...

mohon share

assyidah said...

Assalamu'alaikum.. saya copy kata ni "Niat dari segi bahasanya bermaksud kehendak hati atau tujuan hati. Dari segi istilah, Niat bermaksud gerak hati melaksanakan sesuatu perkejaan dengan tujuan mencari keredhaan ALLAH s.w.t. Maka, kalau sudah terlintas di hati utk berpuasa Arafah, maka cukuplah utk kita berpuasa. Lafaz niat hny tujuan utk menetap & meyakinkan saja. Allah Maha Mengetahui setiap sesuatu walau sebezar zarah sekali pun. Waallaua'lam. :)" utk jwb prtnyaan kwn sy... syukron..

aly said...

saya skong cadangan nor...
bukan semua org tau niat puasa hari arafah...

Mixu Aria said...

niat puasa, ketika telah terlintas maka untuk berniat tidak perlu melafadzkan niat ldii

Rayyan Shah said...

niat dgn lafaz 2 perkara berbeza. Utk melengkapkan ibadah puasa, adalah kena niat. Bukan lafaz. kalo dah niat maka x perlu lafaz. Begitu juga solat. Niat sudah ada, maka yg wajib lafaz adalah kalimah Allahuakbar. Bukan kalimah Usolli tu...