السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PESANAN NABI S.A.W.
"Sesiapa menempuh satu perjalanan untuk mencari suatu ilmu, Allah akan memudahkan untuknya jalan ke syurga" (Hadis riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Saturday, June 14, 2008

BERSUCI (CARA BERSUCI ORANG LUKA DAN BERBALUT)

1. Jika seseorang itu luka, bagaimana caranya untuk ia bersuci?

Orang yang sakit atau luka, jika ia dapat membasuh atau memandikan dengan air sebahagian anggotanya, maka bahagian itu wajib dibasuh dengan air ketika ia mengambil wudhuk atau mandi. Adapun kawasan yang tidak dapat dibasuh dengan air –kerana takut membawa kerosakan atau mudarat- hendaklah diganti dengan tayammum (yakni dengan menyapu debu ke muka dan tangan). Ini adalah pandangan Imam Ahmad dan Imam Syafi’ie.

Menurut Imam Abu Hanifah dan Imam Malik; toharah adalah dengan salah satu sahaja iaitu dengan air (yakni wudhuk atau mandi) atau dengan tanah (yakni tayammum). Tidak wajib menggabungkan keduanya. Oleh demikian, menurut pandangan kedua ini; jika kebanyakan badan adalah elok dan dapat dibasuh dengan air, memadai dengan membasuh kawasan yang elok/sihat itu dan tidak perlu kepada tayammum. Dan kalau kebanyakan badan adalah sakit/luka, cukup dengan tayammum sahaja, tidak perlu lagi wudhuk atau mandi.

2. Orang yang mengalami luka pada badannya atau patah tulang anggotanya dan terpaksa dibalut, diplaster atau disimen di mana ia tidak dapat ditanggalkan (termasuk semasa ingin mengambil wudhuk), bagaimana caranya ia hendak mengambil wudhuk atau mandi?

Bagi kes tersebut, diberi kelonggaran untuk menyapu air di atas kain balutan atau plaster atau simen yang dipakainya. Orang yang menghadapi masalah sedemikian, ia hendaklah melakukan tindakan berikut semasa mengambil wudhuk;

Pertama; Hendaklah ia membasuh dan meratakan air sebagaimana biasa ke kawasan-kawasan yang sihat (tidak sakit) dari anggota wudhuknya.

Kedua; Bagi kawasan yang berbalut pula, wajib ia menyapu air ke atasnya. Menurut Imam Abu Hanifah; memadai dengan menyapu sebahagian besar balutan. Namun jumhur ulamak (iaitu Imam Malik, Syafi’ie dan Ahmad) berkata; “Wajib disapu air meliputi seluruh balutan”.

Jika ia mandi wajib, hendaklah ia mandi sebagaimana biasa iaitu dengan meratakan air ke seluruh badannya yang sihat (yakni yang tidak berbalut). Adapun kawasan yang sakit (yakni yang berbalut) hendaklah disapukan air ke atas balutan secara menyeluruh atau sebahagian besar darinya mengikut pandangan ulamak tadi. Apabila ia sembuh nanti, tidak diwajibkan ia mengulangi semula mandi wajibnya. Ia hanya diwajibkan membasuh/memandikan anggota-anggota yang berbalut sahaja.

Adakah wajib disertai dengan tayammum?

Mengenai soalan ini, para ulamak berbeza pandangan;

1. Menurut mazhab Imam Malik, Abu Hanifah dan Ahmad; tidak wajib lagi bertayammum. Memadai membasuh kawasan yang sihat dan menyapu air di atas balutan bagi kawasan yang sakit. Tidak perlu bertayammum.

2. Menurut mazhab Imam Syafi’ie; wajib disertai dengan tayammum. Berdasarkan mazhab Syafi’ie, orang yang memakai balutan ia hendaklah melakukan tiga perkara semasa mengambil wudhuk atau mandi wajib;
a) Membasuh kawasan yang sihat (tidak sakit atau cedera)
b) Menyapu air ke atas balutan dengan meratakannya
c) Bertayammum; bagi mandi wajib, cukup dengan sekali tayammum sahaja sama ada sebelum mandi atau selepasnya. Adapun bagi wudhuk, ada dua pandangan; (Pandangan pertama); wajib bertayammum mengikut bilangan anggota wudhuk yang berbalut untuk menjaga tertib yang disyaratkan dalam wudhuk. (Pandangan kedua); cukup sekali tayammum sahaja iaitu sebelum wudhuk atau selepasnya. Pandangan yang rajih dalam mazhab ialah yang pertama.

3. Mengikut mazhab Imam Ahmad; wajib tayammum hanya jika balutan melebihi kawasan yang perlu, yakni kawasan yang sakit atau cedera. Jika balutan hanya membalut kawasan sakit tanpa menyentuh kawasan yang sihat, tidak perlu bertayammum, cukup dengan menyapu air ke atas balutan sahaja.

Adakah wajib memakainya setelah bersuci?

Ada dua pandangan ulamak;

Pandangan pertama; wajib balutan atau palster atau simen itu dipakai setelah bersuci iaitu setelah mengambil wudhuk atau setelah mandi wajib. Jika tidak, maka solat yang ditunaikan sepanjang memakai balutan atau simen atau plaster itu wajib diulangi semula apabila sembuh nanti. Pandangan ini telah diberikan oleh mazhab Imam Syafi’ie dan Imam Ahmad.

Pandangan kedua; tidak wajib bersuci terlebih dahulu sebelum memakainya. Dalam pengertian yang lain; tidak disyaratkan pemakaian balutan atau simen atau plaster itu dibuat setelah mengambil wudhuk atau mandi wajib terlebih dahulu. Sekalipun seseorang memakai balutan atau simen dalam keadaan tidak berwudhuk, harus baginya menyapu atas balutan atau simen itu semasa mengambil wudhuk atau mandi wajib dan tidak perlu ia mengulangi solatnya apabila sembuh. Pandangan ini telah diberikan oleh mazhab Imam Abu Hanifah dan Imam Malik.

Berapa lamakah tempoh diizinkan menyapu balutan?

Keizinan dari Syarak untuk menyapu balutan tidak ada tempoh masa tertentu. Ia bergantung kepada tempoh kesembuhan luka atau patah. Selagi luka atau patah belum sembuh dan balutan masih perlu dipakai, maka selagi itu keharusan menyapu di atas balutan berterusan. Apabila sakit telah sembuh dan balutan dapat dibuka, hilanglah keharusan tersebut dan wajib mengambil wudhuk atau mandi wajib sebagaimana asalnya.

17 comments:

Ahmad Hamizan said...

assalamualaikum ustaz...

saya ade satu soalan..
mengikut drpd ulasan yang telah ustaz tulis,pandangan manakah yang paling afdhal dan boleh menguatkan keyakinan saya dalam konteks bersuci sesuai dengan keadaan tgn saya yang ptah sekarang ni dan telah disimen.

Nur Zawatil Isqi said...

assalamualaikum, kedua2 lutut sy dijahit setelah kemalangan. dinasihatkan tidak kena air oleh doktor. bolehkh sy mandir wajib dgn hny mandi pd bhgian yg sihat shj tanpa bertayamum?

sayangdiriku said...

assalamulaikum ustaz..boleh tak kalau saya cetak apa yg ustaz kongsikan dlm blog nie, hanya untuk rujukan dan bacaan saya sendiri...terutama untuk rujukan exam...

mohamad hafis said...

Assalamualaikum ustaz...sy ingin bertanya.....bagaimana caranya mandi wajib jika terdapat jahitan di bahagian atas kepala(luka jahitan yg kering dan tidak sakit atau tidak memudaratkn jika terkena air) adakah sah mandi wajib? Bagai mana benang2 yg manghalang pengaliran air semasa mandi..?

Fareez Haneef said...

Assalammualikum
Saya mempunya luka yg tidak boleh dikena air pada bahagian tangan dan kaki..bagai manakah cara untuk saya mandi wajib

Rad Sidek said...

Mohon ustaz beri pencerahan, suami saya telah menjalani rawatan cancer rectum (tempat buang air besar), selalu terberak sikit, setelah kimotarapi lemah..boleh ke solat tanpa bersuci betul-betul.berwuduk tu boleh dilakukan ..takde masalah..boleh ke solat dan berwuduk keadaan macam ni?

marieah2 said...

Assalamualaikum ustaz.. saya mohon pencerahan. Saya mengalamai melecur terkena air panas. Kawasan tersebut berbalut dan doktor memberitahu kawasan tersebut tidak boleh kena air. Saya ingin mandi hadas haid. Bagaimana caranya utk saya mandi wajib kerana kawasan luka berbalut. Kalau kena air atau debu akan memudaratkan..mohon pencerahan

أستاذ ذكي said...

Ia msalah yang di maafkan..namun wajib mengambil wuduk stiap kali menunaikan solat..wallahuaklam.

Unknown said...

Dengan menyapu debu pda bahagian yg disimen itu

Silahul Mukmin said...

assalam ustaz .. boleh tak saya dapatkan perbahasan 4 mazhab berkenaan tajuk ini

Cash said...
This comment has been removed by the author.
Cash said...
This comment has been removed by the author.
Cash said...
This comment has been removed by the author.
Cash said...

Assalamualaikum Ustaz.
Ada beberapa soalan diatas yg Ustaz tak reply.Tolong reply atau share disini jadi kita sama2 dpt mendapat ilmu yg bermanfaat dari jawapan Ustaz. Terutama bab luka balutan yg memang tak boleh digunakan air,atau debu kerana boleh mentebabkan infeksi & akan lambat sembuh.Terimakasih.

Insan Lemah 😣 said...

Salam ustad, sy mohon pencerahan . . macam sy kaki bersimen dan sebagai perempuan kadang ter kena najis kencing pada kaki yg bersimen . . jadi sy akan lap kan atau basahkan tangan dan bersihkan dikawasan yg terkena simen . . setelah itu sy akan keringkan dihadapan kipas, terkadang ada juga bau dari kaki yang bersimen disebabkan basah terkena air paip jadi sah kah sekiranya sy mendirikan solat ? dan sy hanya boleh wudhu biasa dan di kaki yang sakit, sy ikut saranan lap lap kan kaki yg bersimen . . bukan bertayamum sbb sy sangat susah untuk dapatkan tanah yang bersih . . mohon pencerahan ustad ��

gadis sunti said...

ikut mana yg mampu dan tdk mendtgkan mudharat.
kalau ikut imam syafie kita kena buat wuduk dan tayamum..
wuduk ikut tertib spt biasa..
bila sampai anggota yg tk boleh kena air spt tangan kanan maka sapukan dulu air dibhgn yg tdk luka. tmpt yg luka biarkan dan gantikan dgn tayamum bermula dgn muka dan tangan. ketika menyapukan debu ditmpt luka tak perlu sentuhkan atau gonyohkan debu itu...cukup lalukan saje sbg syarat.
setelah selesai tayamum iaitu menyapu muka dan kedua belah tangan kanan dan kiri maka selesai tayamum bg menggantikan tangan kanan yg luka tdk boleh kena air td.
selepas itu sambung wuduk sebelah tangan kiri yg sihat pula spt biasa..
Lps tu sapu kepala dan kaki..
katalah kaki kanan tak boleh kena air maka lakukan tayamum buat kali kedua spt menggantikan tangan kanan td.
lps habis tayamum sambung wuduk pd kaki kanan pula spt biasa..
inilah pendpt imam syafie..
tetapi ia hanya ijtihad sahaja. tiada nas dan hadis yang mutlak..
boleh ikut dan tak boleh ikut

kalau ikut imam hanafi, maliki, nawawi dan majlis fatwa antarabangsa tdk perlu bergabung wuduk dan tayamyum.
memadai tayamum sekali sahaja sekiranya salah satu anggota bahagian wajib wuduk tdk boleh kena air.

jgn pening2 ...
boleh ikut imam syafie dan boleh juga imam hanafi..
yg tak boleh tak ikutikut mana yg mampu dan tdk mendtgkan mudharat.
kalau ikut imam syafie kita kena buat wuduk dan tayamum..wuduk ikut tertib spt biasa..bila sampai anggota yg tk boleh kena air spt tangan kanan maka sapukan dulu air dibhgn yg tdk lupa. tmpt yg luka biarkan dan gantikan dgn tayamum bermula dgn muka dan tangan. ketika menyapukan debu ditmpt luka tak perlu sentuhkan atau gonyohkan debu itu...cukup lalukan saje sbg syarat.
setelah selesai tayamum iaitu menyapu muka dan kedua belah tangan kanan dan kiri maka selesai tayamum bg menggantikan tangan yg luka tdk boleh kena air td.
selepas itu sambung wuduk sebelah tangan kiri yg sihat pula spt biasa..
Lps tu sapu kepala dan kaki..
katalah kaki kanan tak boleh kena air maka lakukan tayamum buat kali kedua spt menggantikan tangan kanan td.
lps habis tayamum sambung wuduk pd kaki kanan pula spt biasa..
inilah pendpt imam syafie..
tetapi ia hanya ijtihad sahaja. tiada nas dan hadis yang mutlak..
boleh ikut dan tak boleh ikut

kalau ikut imam hanafi, maliki, nawawi dan majlis fatwa antarabangsa tdk perlu bergabung wuduk dan tayamyum.
memadai tayamum sekali sahaja sekiranya salah satu anggota bahagian wajib wuduk tdk boleh kena air.

jgn pening2 ...
boleh ikut imam syafie dan boleh juga imam hanafi..
yg tak boleh tak ikut salah satu drpnya lalu terus meninggalkan solat

wallahu 'alam bissowab salah satu drpnya lalu terus meninggalkan solat

wallahu 'alam bissowab

gadis sunti said...

ikut mana yg mampu dan tdk mendtgkan mudharat.
kalau ikut imam syafie kita kena buat wuduk dan tayamum..
wuduk ikut tertib spt biasa..
bila sampai anggota yg tk boleh kena air spt tangan kanan maka sapukan dulu air dibhgn yg tdk luka. tmpt yg luka biarkan dan gantikan dgn tayamum bermula dgn muka dan tangan. ketika menyapukan debu ditmpt luka tak perlu sentuhkan atau gonyohkan debu itu...cukup lalukan saje sbg syarat.
setelah selesai tayamum iaitu menyapu muka dan kedua belah tangan kanan dan kiri maka selesai tayamum bg menggantikan tangan kanan yg luka tdk boleh kena air td.
selepas itu sambung wuduk sebelah tangan kiri yg sihat pula spt biasa..
Lps tu sapu kepala dan kaki..
katalah kaki kanan tak boleh kena air maka lakukan tayamum buat kali kedua spt menggantikan tangan kanan td.
lps habis tayamum sambung wuduk pd kaki kiri pula spt biasa..
inilah pendpt imam syafie..
tetapi ia hanya ijtihad sahaja. tiada nas dan hadis yang mutlak..
boleh ikut dan boleh juga tak ikut

kalau ikut imam hanafi, maliki, nawawi dan majlis fatwa antarabangsa tdk perlu bergabung wuduk dan tayamyum.
memadai tayamum sekali sahaja sekiranya salah satu anggota bahagian wajib wuduk tdk boleh kena air.

jgn pening2 ...
boleh ikut imam syafie dan boleh juga imam hanafi..
yg tak boleh tak ikut salah satu drpnya lalu terus meninggalkan solat..

wallahu 'alam bissowab