السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PESANAN NABI S.A.W.
"Sesiapa menempuh satu perjalanan untuk mencari suatu ilmu, Allah akan memudahkan untuknya jalan ke syurga" (Hadis riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Saturday, August 30, 2008

ZAKAT FITRAH (10)

Pengagihan zakat fitrah

Disepakati oleh para ulama’ bahawa pengagihan zakat fitrah adalah sebagaimana zakat-zakat yang lain iaitu kepada golongan-golongan yang disebut oleh Allah dalam surah at-Taubah, ayat 60. (Rujuk; al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, jil. 2, hlm. 912) Namun hendaklah diutamakan golongan fakir miskin kerana terdapat arahan Rasulullah s.a.w. supaya mencukupkan mereka pada hari raya sebagaimana yang terdapat dalam satu hadis; “Rasulullah s.a.w. telah mewajibkan zakat fitrah dan baginda berpesan; “Cukupkanlah mereka (yakni orang-orang fakir miskin) pada hari ini (yakni hari raya puasa)””. (Riwayat Imam al-Baihaqi dan Daruqutni/lihat hadis ini dalam Nailul-Authar, Imam asy-Syaukani, bab Zakat al-Fitri)

Berkata Imam asy-Syaukani; “…Adapun perbelanjaan zakat fitrah adalah sebagaimana perbelanjaan zakat yang lain kerana Rasulullah menamakannya dengan zakat… Akan tetapi, hendaklah didahulukan orang-orang fakir kerana terdapat arahan dari baginda supaya mencukupkan mereka pada hari raya. Kemudian, yang selebihnya dari keperluan mereka barulah dibelanjakan untuk golongan-golongan yang lain”. (Lihat; ad-Darari al-Madhiyyah syarh ad-Durari al-Bahiyyah, Imam asy-Syaukani, hlm. 221) Pandangan Imam asy-Syaukani ini dipersetujui oleh ulama’-ulama’ semasa hari ini termasuklah Syeikh Dr. Yusuf al-Qradhawi (dalam Fiqhu az-Zakahnya) dan juga Syeikh Abu Bakar al-Jazairi (dalam Minhajul-Muslim).

Harus bagi orang yang mengeluarkan zakat fitrah mengagih-agihkan sendiri zakat fitrahnya kepada orang-orang yang berhak dari kalangan fakir dan miskin dan memberi zakat kepada kaum kerabatnya (yang bukan di bawah tanggungannya) adalah lebih utama jika mereka miskin dan memerlukan. Harus baginya memberi zakatnya kepada seorang fakir sahaja atau kepada ramai fakir jika zakatnya itu banyak dan boleh menampung lebih dari seorang fakir. Semua cara pengagihan itu bergantung kepada keperluan, maslahah, kecukupan serta kadar zakat. Dalam memberi zakat, pemberi zakat hendaklah mencari orang yang paling berhak menerima zakatnya berbanding orang lain. Namun ia tidak dituntut supaya menyama-ratakan semua orang yang berhak dari kalangan fakir dan miskin yang ada dalam negeri atau kampungnya kerana pada zaman Sahabat sendiri, orang Islam biasa membayar zakat fitrah bagi diri dan keluarganya kepada seorang fakir sahaja. (Rujuk; al-Mufassal fi ahkamil-Marah wa al-Baitil-Muslim, jil. 1, hlm. 469)

*** تم بعون الله وله الحمد ***

***Selesai kupasan tentang Zakat Fitrah. Semoga Allah memberkati tulisan ini dan merahmati penulisnya***


Rujukan dan Bacaan
1- المجموع شرح المهذب، للإمام النووي، الحزء السادس، دار الفكر – لبنان (1996)
2- المهذب في الفقه الإمام الشافعي، لأبي إسحاق الشيرازي، دار القلم (دمشق) و الدار الشامية (بيروت) (1992)
3- الإقناع في حل ألفاظ أبي شجاع، للإمام شمس الدين محمد بن أحمد الشربيني الخطيب، دار الخير – بيروت (1996)
4- كفاية الأخيار في حل غاية الاختصار، للإمام تقي الدين الحسيني، دار الخير – بيروت (1991)
5- الفقه المنهجي على مذهب الإمام الشافعي، للدكتور مصطفى الخن، الدكتور مصطفى البغا، على الشربجي، دار القلم – دمشق (1991)
6- الفقه الواضح من الكتاب والسنة، الشيخ الدكتور محمد بكر إسماعيل، دار المنار – القاهرة (1990)
7- بداية المجتهد ونهاية المقتصد، للإمام ابن رشد، مكتبة الإيمان – المنصورة (1997)
8- مغني المحتاج إلى معرفة معاني ألفاظ المنهاج، للشيخ شمس الدين مجمد بن الخطيب الشربيني، دار الفكر – بيروت (2001)
9- الكفاية لذوي العناية (في الفقه الشافعي)، للشيخ عبد الباسط على الفاخوري، دار ابن حزم-بيروت (2003)
10- الفقه الإسلامي وأدلته، للدكتور وهبة الزهيلي، دار الفكر – سوريا (1987)
11- الفقه على المذاهب الأربعة، للشيخ عبد الرحمن الجزيري، دار الكتب العلمية – بيروت (1990)
12- روضة الطالبين، للإمام النووي، دار الفكر – بيروت (1995)
13- المفصل في أحكام المرأة والبيت المسلم، للشيخ الدكتور عبد الكريم زيدان، مؤسسة الرسالة – بيروت (1994)
14- منهاج المسلم، للشيخ أبي بكر جابر الجزائري، دار السلام – القاهرة (1994)
15- الدراري المضية شرح الدرر البهية، للشيخ الإمام محمد بن علي الشوكاني، مكتبة التراث الإسلامي – مصر (1986)
16- رحمة الأمة في اختلاف الأئمة، للشيخ إبي عبد الله محمد بن عبد الرحمن الدمشقي، دار الكتب العلمية – بيروت (1987)
17- أنوار المسالك شرح عمدة السالك وعمدة الناسك، للشيخ محمد الزهري الغمراوي، مطبعة مصطفى البابي الحلبي – مصر (1948)
18- سبل السلام شرح بلوغ المرام، للشيخ الإمام محمد بن إسماعيل الصنعاني، دار الفرقان – الأردن (دون التاريخ)
19- سبيل المهتدين، الشيخ محمد أرشد البنجري، Thinkers Library (1989).
20- Pengurusan Zakat, Mahmood Zuhdi Abd. Majid, Dewan Bahasa dan Pustaka –K.L (2003)

No comments: