السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PESANAN NABI S.A.W.
"Sesiapa menempuh satu perjalanan untuk mencari suatu ilmu, Allah akan memudahkan untuknya jalan ke syurga" (Hadis riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Friday, July 18, 2008

PUASA SUNAT (6 HARI SYAWAL)

Apakah dalil bagi kelebihan berpuasa di bulan syawal?

Dalilnya ialah sabda Nabi s.a.w.; “Sesiapa berpuasa bulan Ramadhan, kemudian ia ikuti dengan berpuasa enam hari di bulan syawal, maka ia seolah-olah berpuasa setahun” (HR Imam Muslim dari Abu Ayyub al-Ansari r.a.)

Adakah disyaratkan puasa enam hari itu dilakukan berturut-turut?

Tidak disyaratkan. Harus diselang-selikan asalkan dalam bulan Syawal dan bilangannya mencukupi enam hari. Namun yang terbaik (afdhal) ialah melakukannya berturut-turut dan lebih afdhal lagi memulainya dari dua syawal.

Jika seseorang itu mempunyai puasa Ramadhan yang perlu diqadhanya, adakah harus ia berpuasa enam sebelum mengqadha puasanya?

Harus kerana puasa qadha Ramadhan memiliki waktu yang panjang untuk dilakukan iaitu sehingga Ramadhan tahun berikutnya, adapun puasa enam hari di bulan Syawal waktunya adalah terhad. Namun jika kita dapat melakukan puasa qadha terlebih dahulu, kemudian diikuti dengan puasa Syawal, itu yang terbaik kerana kita mendahulukan ibadah yang wajib ke atas yang sunat. Dan ada ulamak (termasuk dalam mazhab Syafiie) berpendapat; diboleh kita meniatkan keduanya sekali dalam satu puasa (yakni meniatkan puasa qadha dengan disertakan dengannya puasa syawal), tetapi yang terbaik kita memisahkannya kerana akan memperbanyakkan amalan kita kepada Allah (rujuk; Mughni al-Muhtaj, 1/600).

4 comments:

Door4Door said...

salam, ustaz bagaimana sekiranya kita berpuasa tetapi telah di jemput untuk menghadiri jamuan rumah terbuka.? saya mendapat tahu ada yang mengata tidak salah sekira kita berbuka tika itu, akan tetapi kita telah berpuasa separuh hari itu di kira bagaimana. adakah bermakna sy perlu mengantikan semula sepenuh hari..?

One~D said...

As sala, saaudara Effendi, dalam agama Islam tidak ada istilah puasa separuh hari. Puasa bermula terbit fajar hingga terbenam matahari. Bermakna saudara perlu mengganti puasa tersebut. Sekian. Wallahuwa'lam.

Bukan Ustaz.

firdaus said...

salam ustaz,boleh tak kita puasa sunat syawal 6 hari gabung dengan puasa nazar?sekian

mffzone said...

AS KUM USTAZ

PUASA ENAM SYAWAL ADE LAFAZ TERTENTU..?? SEPERTI LAFAZ NIAT NYER